Tuesday, 23 July 2013

Perjalanan Umrah 2013 - Part 2 Madinah Munawwarah

Our Umrah journey begins with little drama but Alhamdulillah all of us came back safely with good health and we prayed Allah has granted us Umrah Mabrur.. Ameen…
 
Day 1 – (25th Feb 2013)
 
Flight kami MH bertolak 3.15pm tapi kena berkumpul sebelum 1.00pm so aku dah arrange transport dengan regular driver ke airport, Shah tapi dia ada customer plak (surprisingly Kak Zaimah yang nak ke KLIA gak!). Tapi kami tak boleh masuk sekali sebab aku 3 orang termasuk 3 luggage besar2. So Shah arrangekan kawan dia dari Nilai (lupa plak nama pakcik ni)
 
Sampai di KLIA, ramai pulak jemaah2 Umrah. Tak nampak plak dari agensi Arlief. Yelarrr kami cuma 10 orang je. Terpaksa le pusing2 cari wakil Arlief, finally jumpa di kaunter MH & kami last yang checked-in. Bob, wakil Arlief ni tak sudah2 bertanya kenapa aku tak kahwin lagi..iskkkk sibuk arrr… ada aku kisah!
 
Selesai urusan checked-in, Bob kasi aku contact no. keluarga yg bersama2 kami nanti. Kami berkenalan di KFC. Ada 2 families – Makcik Midah bersama 2 orang anak (Aini & Ismail) dan Makcik Zizah (suami & anak kembar bujang). 3 keluarga ini lah yang bersama2 susah senang sepanjang 11 hari kami mengerjakan Umrah.
Rezeki aku, Abah & Mak dapat naik MH with cost yang dibayar

Bukan tag kami tapi orang lain punya
 
Abah & Mak

Alhamdulillah - Dapat menjejaki kaki ke Tanah Suci bersama Abah & Mak

In-flight meal in MH - not bad

In-flight meal in MH - not bad too

Sunset view

Mak having meal on air
 
Kami sampai Jeddah International Airport malam. Walaupun flight kami commercial flight tapi jemaah2 Umrah dibawa ke terminal haji. Di sini kami kena tunggu agak lama le sebab ada confusion sikit bila wakil muassasah tunggu kami di terminal commercial. Lagi sekali le cemas kami cos tinggal kami 10 orang je yang masih tunggu pick-up transport. Akhirnya kami dibawa dengan bas sampai di satu tempat berpindah pula naik van menuju ke Madinah. Kami sampai lebih kurang pukul 3am depan hotel. Aku tak ingat plak nama hotel tapi bila orang tanya yang aku ingat sebelah Grand Marmara Hotel!
 
Nama hotel sendiri tak ingat tapi ingat hotel sebelah jer
 
Lagi sekali berlaku confusion sebab receptionist hotel tanya berapa lama kami akan tinggal di Madinah. Sudahhh…. Apa le nak jadi dengan agensi kami ni iskkk… dahle orang hotel ni tak faham English, kami plak tak faham Arab. Dah macam ayam & itik bercakap! Akhirnya, kami dibenar juga check-in since dah nak masuk Subuh. Aku sendiri tak sabar nak menjejaki kaki ke Masjid Nabawi.
Entry seterusnya pengalaman 2 hari di Madinah.
 
I am signing off with this pic.
Masjid Nabawi Madinah (Feb 2013)

 

Sunday, 21 July 2013

Perjalanan Umrah 2013 - Part 1 How it begins....

Alhamdulillah my first travel entry would be on my experience performing Umrah with Mak & Abah in February this year. This trip mark the most special place in my heart and always brought tears to my eyes each time I remember or see picture of holy Kaabah.  

Bukan tidak pernah terdetik niat dihati hendak menjejaki kaki ke Tanah Suci tetapi selalunya berbagai2 alasan jadi halangan. Duit tak cukup ler… takde mahram ler…takde cuti ler…

Perancangan Allah SWT sangat hebat tanpa kita sedari. Apa yang kita hajatkan dengan niat ikhlas, InshaAllah pasti menjadi kenyataan.
Semuanya bermula bila aku mengikuti kursus haji bersama Mak & Abah sejak 2 tahun lepas. Aku sengaja ikut kursus haji walaupun giliran Tabung Haji (TH) kami hanya pada tahun 2026! Melihat keadaan Abah & Mak semakin tua & mungkin tidak kuat kelak maka aku cuba merayu ke TH untuk dapat giliran awal atas rayuan usia Abah & kesihatan Mak. Setakat ini masih takde rezeki lagi huhuh
Setiap kali kursus, aku dapat rasakan mak begitu cemas & cepat keliru sebab banyak sangat perlu diingat. Yelarr… macam mana nak bayangkan keadaan tempat yang kita tak pernah sampai. Pada tahun ketiga (tahun ni le) aku nekad nak buat Umrah bersama2 Mak & Abah. Walaupun orang kata daripada buat Umrah baik kos perjalanan terus buat Haji. Nawaitu aku masa tu satu je.. giliran nak pergi haji entah tak tahu bila.. aku kesian tengok Mak & aku pun sendiri yang tak dapat nak bayangkan keadaan Tanah Suci – maka aku cakap pada Abah “Jom kita buat Umrah guna duit simpanan haji kita”. Abah terus setuju… dia mmg le excited sebab rasa seronok pernah sampai seorang diri pada tahun 2010. Mula2 nak pergi dgn Andalusia & aku kira2 bulan Februari cuti raya Cina paling sesuai sebab tak payah aku amik cuti panjang sangat. Malangnya pakej Andalusia dah penuh. Memang laris pakej Andalusia ni! Then, aku berkira2 nak pergi bulan puasa sampai hari raya walaupun kos mahal. Abah setuju ajer… tapi....

Masa trip aku ke Iran bulan December 2012 (yang aku akan cerita kelak) aku berjumpa dgn Makcik Kamariah yang bercerita dia nak pergi Umrah ikut pakej Arlief kos hanya RM3,900 bulan February 2013. Wah!! Aku tanya ada tak lagi kosong untuk 3 orang. Nak pendekkan cerita Makcik Kamariah telefon aku sebaik je balik dari Iran – “Rezeki Muni ada 3 tempat kosong kerana ada orang tarik diri sebab kemalangan. Orangnya sama le macam aku nak bawak orang tua gak”. Wah!!! Rezeki aku kata..Tak terkata ucap syukur ke hadrat Allah SWT.
Adik-beradik seakan tak percaya. Takut aku kena tipu cos mana ada kos pi Umrah semurah itu. Aku google travel agency tu memang ada website & nampak meyakinkan.  Kursus Umrah pun di Hotel Armada, PJ dan bukan main ramai umat yg ikut serta. Takkan le nak tipu kan… Duit dah settle, kursus dah ikut serta now tunggu masa nak pergi.. Memang tak sabar2. Tarikh kami pergi masih tak pasti bergantung pada visa application. 

Rupanya tahun ni Kerajaan Saudi dah strict on mahram. Selama ni Malaysia menggunakan mahram tumpang. Maknanya wanita yang tidak membawa suami/ abang / bapa saudara, boleh tumpang lelaki lain sebagai mahram. Nasib baik le aku takde masalah sebab Abah ikut sekali. So Alhamdulillah visa takde masalah.
Mula2 tarikh pergi dah set on 15th Feb – 27th tapi bila kursus kedua date tukar plak ke 23rd Feb – 7th Mar menggunakan flight Air Asia. Wah… cemas aku nak mintak cuti macam ni. Adik-beradik selagi lagi suruh aku check betul2 takut kena tipu. Aku pun setakat tunggu Makcik Kamariah yang call untuk confirm. Finally, 23rd Feb confirm via MAS...Alhamdulillah..
 
Piza sekeluarga datang dari Sitiawan, Along, Amir & Aman sekeluarga pun datang datang Johor untuk hantar aku & Mak Abah ke KLIA. Jumaat malam aku dapat call dari Makcik Kamariah yg flight aku postpone ke Isnin (25th) pagi. What!!!.. cemas aku trip macam ni. Call agen Arlief Makcik Askiah. Memang confirm flight on 25th via MAS turun Jeddah terus ke Madinah. Group aku berpecah dah tak sama2 dengan Makcik Kamariah & Makcik Askiah. Group aku hanya 10 orang je consist of 3 families. Terpaksa lah adik-beradik ucap selamat jalan kat rumah aku je hari Ahad bila diaorang bertolak balik ke Sitiawan/ Johor.
So.. my next entry bermula kisah perjalanan Umrah aku bersama2 Abah & Mak…

I am signing off with kalimah ini…

 
Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya pujian dan nikmat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu”
 
Sesungguhnya perancangan Allah sangat hebat...
 
 

Friday, 19 July 2013

Introducing W2W Blog


I am not sure what shall I ramble about in this blog. Few friends constantly advise me to write about my passion of travelling! I guess I’d also love to document my adventures and pictures from my very own lenses.   
Already in 40s since last year, I decided to name my blog “Wander to Wonder”. I will abbreviate it as “W2W”. Although I am someone who always has my own mind in everything I do but it always wandering all the possibilities. Even if I have set my mind on something! Quite complicated me huh! I know….

In this holy month of Ramadhan, I post my first blog entry. Hereafter there will be postings on my past and planning for future travelling. My best girlfriends, my travel companions and family will keep popping out in this blog.
I am signing off with one of my favourite pic.
Great Wall of China (Apr 2013)