Alhamdulillah my
first travel entry would be on my experience performing Umrah with Mak &
Abah in February this year. This trip mark the most special place in my heart
and always brought tears to my eyes each time I remember or see picture of holy
Kaabah.
Bukan tidak pernah
terdetik niat dihati hendak menjejaki kaki ke Tanah Suci tetapi selalunya
berbagai2 alasan jadi halangan. Duit tak cukup ler… takde mahram ler…takde cuti
ler…
Perancangan Allah
SWT sangat hebat tanpa kita sedari. Apa yang kita hajatkan dengan niat ikhlas,
InshaAllah pasti menjadi kenyataan.
Semuanya bermula bila aku mengikuti kursus
haji bersama Mak & Abah sejak 2 tahun lepas. Aku sengaja ikut kursus haji
walaupun giliran Tabung Haji (TH) kami hanya pada tahun 2026! Melihat keadaan Abah
& Mak semakin tua & mungkin tidak kuat kelak maka aku cuba merayu ke TH
untuk dapat giliran awal atas rayuan usia Abah & kesihatan Mak. Setakat ini
masih takde rezeki lagi huhuh
Setiap kali kursus,
aku dapat rasakan mak begitu cemas & cepat keliru sebab banyak sangat perlu
diingat. Yelarr… macam mana nak bayangkan keadaan tempat yang kita tak pernah
sampai. Pada tahun ketiga (tahun ni le) aku nekad nak buat Umrah bersama2 Mak
& Abah. Walaupun orang kata daripada buat Umrah baik kos perjalanan terus buat
Haji. Nawaitu aku masa tu satu je.. giliran nak pergi haji entah tak tahu
bila.. aku kesian tengok Mak & aku pun sendiri yang tak dapat nak bayangkan
keadaan Tanah Suci – maka aku cakap pada Abah “Jom kita buat Umrah guna duit
simpanan haji kita”. Abah terus setuju… dia mmg le excited sebab rasa seronok
pernah sampai seorang diri pada tahun 2010. Mula2 nak pergi dgn Andalusia &
aku kira2 bulan Februari cuti raya Cina paling sesuai sebab tak payah aku amik
cuti panjang sangat. Malangnya pakej Andalusia dah penuh. Memang laris pakej
Andalusia ni! Then, aku berkira2 nak pergi bulan puasa sampai hari raya
walaupun kos mahal. Abah setuju ajer… tapi....
Masa trip aku ke
Iran bulan December 2012 (yang aku akan cerita kelak) aku berjumpa dgn Makcik
Kamariah yang bercerita dia nak pergi Umrah ikut pakej Arlief kos hanya RM3,900
bulan February 2013. Wah!! Aku tanya ada tak lagi kosong untuk 3 orang. Nak
pendekkan cerita Makcik Kamariah telefon aku sebaik je balik dari Iran –
“Rezeki Muni ada 3 tempat kosong kerana ada orang tarik diri sebab kemalangan.
Orangnya sama le macam aku nak bawak orang tua gak”. Wah!!! Rezeki aku
kata..Tak terkata ucap syukur ke hadrat Allah SWT.
Adik-beradik seakan
tak percaya. Takut aku kena tipu cos mana ada kos pi Umrah semurah itu. Aku
google travel agency tu memang ada website & nampak meyakinkan. Kursus Umrah pun di Hotel Armada, PJ dan
bukan main ramai umat yg ikut serta. Takkan le nak tipu kan… Duit dah settle,
kursus dah ikut serta now tunggu masa nak pergi.. Memang tak sabar2. Tarikh
kami pergi masih tak pasti bergantung pada visa application.
Rupanya tahun ni
Kerajaan Saudi dah strict on mahram. Selama ni Malaysia menggunakan mahram tumpang. Maknanya wanita yang tidak membawa suami/
abang / bapa saudara, boleh tumpang lelaki lain sebagai mahram. Nasib baik le
aku takde masalah sebab Abah ikut sekali. So Alhamdulillah visa takde masalah.
Mula2 tarikh pergi
dah set on 15th Feb – 27th tapi bila kursus kedua date
tukar plak ke 23rd Feb – 7th Mar menggunakan flight Air
Asia. Wah… cemas aku nak mintak cuti macam ni. Adik-beradik selagi lagi suruh
aku check betul2 takut kena tipu. Aku pun setakat tunggu Makcik Kamariah yang
call untuk confirm. Finally, 23rd Feb confirm via MAS...Alhamdulillah..
Piza sekeluarga
datang dari Sitiawan, Along, Amir & Aman sekeluarga pun datang datang Johor
untuk hantar aku & Mak Abah ke KLIA. Jumaat malam aku dapat call dari Makcik
Kamariah yg flight aku postpone ke Isnin (25th) pagi. What!!!..
cemas aku trip macam ni. Call agen Arlief Makcik Askiah. Memang confirm flight
on 25th via MAS turun Jeddah terus ke Madinah. Group aku berpecah
dah tak sama2 dengan Makcik Kamariah & Makcik Askiah. Group aku hanya 10
orang je consist of 3 families. Terpaksa lah adik-beradik ucap selamat jalan
kat rumah aku je hari Ahad bila diaorang bertolak balik ke Sitiawan/ Johor.
So.. my next entry
bermula kisah perjalanan Umrah aku bersama2 Abah & Mak…
I am signing off
with kalimah ini…
“Aku
memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi
panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya pujian
dan nikmat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu”
![]() |
| Sesungguhnya perancangan Allah sangat hebat... |


No comments:
Post a Comment